Thursday, January 7, 2010

Selamat Pergi

Selamat Pergi..
Senafas ku ucapkan...
Sedetik ku ungkapkan..
Sesaat ku lepaskan....

Selamat Pergi..
Kuharap tak akan kembali lagi..
Kuharap tak akan bertamu lagi..
Walau cuma mahu menghampiri..
Sesungguhnya tiada lagi ruang di hati....

Pergilah duka..
Kuharap malam bintang berkelipan ..
Siang menyinar halaman..
Bunga berkembang keriangan..
Kerna aku jua manusia biasa..
Yang mengharap suka dan bahagia..

Selamat pergi..
Usahlah kau kembali..
Aku tak akan menanti..
Hayatku bukan untuk diadili..
Oleh manusia yang tidak mengerti...



1 comment: